MENDOAKAN
ANAK AGAR MENJADI INSAN YANG BAIK
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya
menjadi manusia berguna bukanlah sesuatu yang dapat dipastikan kejayaannya.
Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha
meminta pertolongan kepada Allah swt.
Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan
orang yang berdoa :
i.
Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur
keyakinan bahawa Allah swt itu dekat.
ii.
Segala permohonan daripada hamba-Nya akan
mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah swt.
iii.
Supaya doa itu diterima Allah swt, maka orang
yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
iv.
Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan
keimanan kepada Allah swt.
v.
Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya
kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak
tersesat dan berputus asa.
Antara
doa-doa yang patut diamalkan oleh ibubapa agar anak-anak mereka menjadi orang
yang diredhai Allah swt ialah :
1) Doa
agar anak patuh kepada Allah (Al Baqarah : 128)
2) Doa
agar diberi anak yang baik (Ali Imran : 38)
3) Doa agar
diberi zuriat yang menyenangkan hati (Al Furqan : 74)
4) Doa
agar anak tetap mengerjakan solat (Ibrahim : 40)
Rujukan
:
Harun
Arrayid Hj Tuskan (2004). Pengorbanan Ibubapa Terhadap Anak. Kuala Lumpur :
Progressive Publishing House SDN BHD.